Tentang Kami

Tentang Funnava

Funnava ialah pembantu pemasaran AI untuk peniaga kecil di Malaysia: daripada satu ayat, ia menyediakan laman jualan, posting media sosial dan iklan Meta, kemudian mengumpul lead terus ke WhatsApp. Funnava dikendalikan oleh Renoraz Ventures Sdn. Bhd.

Dikemas kini:

Cara ia berfungsi

  1. 1Isi profil perniagaan sekali: produk, harga, pelanggan sasaran dan gaya bahasa. AI mengingatinya.
  2. 2Tulis satu ayat tentang apa yang mahu dipromosikan. Dalam seminit, laman jualan, posting dan 5 iklan Meta siap.
  3. 3Kongsi pautan laman. Setiap pertanyaan masuk ke senarai pelanggan, sedia dibalas di WhatsApp.

Untuk siapa Funnava

  • Peniaga kecil

    Kedai kek, klinik, butik tudung, pusat tuisyen, bengkel kereta, salun, katering dan lain-lain: pemilik yang mahu laman jualan, posting dan iklan siap tanpa bermula dari kosong.

    Ketahui lanjut
  • Agensi dan pemasar

    Pakej Agensi mengurus beberapa perniagaan pelanggan dalam satu akaun, dengan papan pemuka agensi untuk semua pelanggan.

    Ketahui lanjut
  • Klipper 18 tahun ke atas

    Kempen Klip membayar klipper 18 tahun ke atas untuk setiap 1,000 tontonan disahkan bagi video jenama Malaysia yang mereka sebar.

    Ketahui lanjut
  • Rakan Funnava

    Kongsi pautan anda dan terima komisen daripada langganan peniaga yang anda bawa. Komisen hanya daripada bayaran sebenar, tiada yuran menyertai.

    Ketahui lanjut

Apa yang Funnava buat

  • Laman jualan siapTajuk, manfaat, testimoni dan borang tempahan dalam satu laman yang laju di telefon.
  • Posting dengan CTAKapsyen Facebook, Instagram, Threads dan Telegram, lengkap dengan hashtag dan seruan tindakan.
  • Klip Video (pakej Agensi)Muat naik podcast atau video panjang. AI pilih bahagian paling kuat dan jadikan klip pendek dengan Hook, kapsyen bergerak, logo dan banner penaja anda, B-roll dan eksport sehingga 2K.
  • Studio Video untuk ReelsJadikan foto produk video menegak pendek dengan templat dan teks AI.
  • Gambar produk AILetak foto produk sebenar anda dalam suasana baharu (studio, kafe, Hari Raya dan lain-lain) untuk poster dan laman jualan. Produk anda kekal seperti asal.
  • 5 variasi iklan MetaTeks utama, tajuk dan penerangan ikut had Meta, sedia disalin ke Ads Manager.
  • Jadual posting automatikSambung Facebook, Instagram dan Threads, kemudian jadualkan posting dan video seminggu sekali gus. Funnava terbitkan ikut masa yang anda pilih.
  • Laman Bio kedaiSatu pautan dengan produk, harga, WhatsApp dan lokasi anda, untuk profil dan setiap posting.
  • Analisis iklan MetaSambung akaun iklan Facebook & Instagram. Nampak iklan yang membazir dan dapatkan cadangan AI apa yang perlu diubah.
  • Kempen Klip (pakej Agensi)Selepas klip siap, klipper menyiarkannya di TikTok, Reels, Shorts dan Threads mereka sendiri. Klien tetapkan bajet dan kadar setiap 1,000 tontonan, dan bayar untuk tontonan yang disahkan sahaja.
  • Lead terus ke WhatsAppSetiap pertanyaan masuk ke senarai pelanggan dan telefon anda berbunyi serta-merta. Satu tekan untuk balas di WhatsApp.
  • Asisten AI dalam setiap pakejAI membalas dan membuat susulan lead melalui WhatsApp dan emel, ikut waktu yang anda tetapkan. Panggilan suara AI dalam Bisnes ke atas.
  • Setiausaha MayaTemujanji terus masuk ke Google Calendar anda, hanya pada masa anda lapang. Pelanggan terima pengesahan dan peringatan, dan boleh tukar masa melalui pautan.
  • Ulasan jadi testimoniQR ulasan untuk pelanggan. Hanya 4 dan 5 bintang dengan izin dipaparkan di laman anda.
  • Profil yang AI ingatIsi profil perniagaan sekali. Setiap funnel ikut gaya bahasa, harga dan kelebihan anda.

Juga di Funnava: Papan Bida, perniagaan Malaysia yang ditaja mengikut kategori, dan Artikel berisi panduan pemasaran praktikal dalam Bahasa Malaysia.

Siapa yang mengendalikan Funnava

Syarikat
Renoraz Ventures Sdn. Bhd.
No. Pendaftaran
202501031023 (1632435-U)
Alamat
SA/06/23A, Persiaran Plaza Azalea, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Emel
hello@funnava.my

Renoraz Ventures Sdn. Bhd. juga mengendalikan Rembuk, sistem untuk PIBG dan persatuan.

Cuba percuma 14 hari30 kredit percuma, tanpa kad kredit.