Notis Privasi
Funnava · Versi 7 · berkuat kuasa 9 Disember 2026
1. Pengawal data
Renoraz Ventures Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 202501031023 (1632435-U)), SA/06/23A, Persiaran Plaza Azalea, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia, mengendalikan Funnava. Notis ini dibuat selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
2. Data yang dikumpul
- Akaun: emel log masuk.
- Profil perniagaan: nama, kawasan, produk, harga, nombor WhatsApp dan maklumat pemasaran yang anda isi.
- Lead dan ulasan: nama, nombor telefon, emel dan mesej yang pelanggan anda hantar melalui borang funnel atau ulasan, serta persetujuan mereka untuk dihubungi.
- Perbualan Asisten AI: mesej WhatsApp dan emel antara perniagaan anda (termasuk pembantu AI) dengan pelanggan anda, serta ringkasan dan keputusan panggilan suara AI.
- Akaun yang anda sambung: ID dan nama Page Facebook, akaun Instagram profesional, akaun Threads, akaun TikTok, saluran YouTube, akaun iklan Meta dan nombor WhatsApp Business anda, kebenaran (skop) yang diberi, serta token akses dan token muat semula (disimpan dalam bentuk disulitkan). Bagi akaun yang disambung melalui pautan jemputan klien: nama dan ID akaun platform, nama yang ditaip oleh klien dan masa sambungan. Statistik posting yang diterbitkan melalui Funnava (tontonan, like, komen dan share) dan jumlah pengikut akaun.
- Data prestasi iklan Meta (jika anda menyambung akaun iklan): nama dan status kempen, set iklan dan iklan, bajet, teks dan gambar kecil iklan, serta angka prestasi seperti belanja, paparan, klik dan hasil.
- Kandungan: posting, poster, gambar dan video yang dimuat naik atau dihasilkan (termasuk audio yang anda gabungkan ke dalam video), kalendar kandungan, artikel blog dan senarai Papan Bida.
- Statistik laman funnel: lawatan, klik dan sumber trafik menggunakan pengecam rawak dalam pelayar, tanpa alamat IP atau maklumat peribadi pelawat.
- Statistik pelawat laman awam Funnava (laman utama, Papan Bida dan Artikel): halaman dilawati, saluran dan laman perujuk (nama domain sahaja), negara, jenis peranti dan pelayar. Pengecam rawak dalam pelayar disimpan hanya sebagai cincangan dengan garam harian yang dipadam setiap hari, jadi tidak boleh dikaitkan dengan anda atau dengan lawatan hari lain. Alamat IP tidak disimpan, bot tidak dikira, dan data mentah dipadam selepas 90 hari (hanya jumlah harian disimpan). Jumlah agregat dipaparkan secara terbuka di halaman Statistik Papan Bida.
- Statistik penggunaan laman Funnava (analitik pihak pertama untuk pasukan Funnava sahaja): halaman yang dibuka, saluran dan laman perujuk (nama domain sahaja), tag kempen dalam pautan, jenis peranti, keluarga pelayar dan sistem operasi, bahasa pelayar, sama ada aplikasi dipasang digunakan, serta negara dan negeri yang dianggarkan daripada sambungan (tanpa bandar). Pelayar diberi satu kuki rawak (rf_vid) dan pangkalan data hanya menyimpan cincangan sehala kuki itu. Jika anda log masuk, lawatan dikaitkan dengan akaun anda untuk mengira pengguna aktif dan saluran pertama yang membawa anda mendaftar. Alamat IP tidak disimpan, umur atau jantina tidak diteka, bot tidak dikira, dan rekod mentah dipadam selepas 13 bulan (hanya jumlah harian disimpan).
- Google Analytics 4: kami juga menggunakan Google Analytics 4 untuk mengukur lawatan ke laman awam Funnava sendiri (contohnya laman utama, Artikel, Papan Bida dan halaman perundangan): halaman yang dibuka, sumber lawatan, jenis peranti dan anggaran negara. Ia tidak dimuatkan di papan pemuka, laman log masuk, laman peniaga (funnel, laman bio, blog dan pautan temujanji) atau domain sendiri peniaga. Google signals dan pemperibadian iklan dimatikan, dan data ini tidak digunakan untuk pengiklanan. Ia tidak dimuatkan jika anda memilih "Jangan rekod lawatan saya" di halaman Notis Privasi ini, atau jika pelayar anda menghantar isyarat Do Not Track atau Global Privacy Control.
- Rekod bayaran langganan, kredit, tambahan, Papan Bida dan Kempen Klip (jumlah, tarikh, rujukan gerbang pembayaran dan status; kami tidak menerima atau menyimpan nombor kad anda). Bagi bida Papan Bida tanpa akaun: nama perniagaan, emel, nombor WhatsApp (pilihan), pautan dan butiran senarai.
- Pasaran Kreator (jika anda mendaftar sebagai kreator): nama paparan, nama pengguna, niche, negeri dan bandar, pautan dan bilangan pengikut media sosial yang anda nyatakan, portfolio, kadar harga, tarikh lahir, nombor telefon (pilihan) dan butiran bayaran (pilihan); serta misi, permohonan, mesej kerjasama, fail dan pautan hasil kerja, rekod bayaran yang ditanda dan penilaian.
- Kempen Klip (jika anda menyertai sebagai klipper): akaun media sosial yang anda sahkan (platform dan nama pengguna), pautan klip yang dihantar, kapsyen dan tarikh siaran, bacaan tontonan, like, komen dan share (dibaca melalui API rasmi platform, contohnya TikTok dengan log masuk anda dan statistik awam YouTube, atau daripada tangkapan skrin yang anda hantar), pendapatan, permohonan pengeluaran, aduan dan bantahan. Token log masuk platform disimpan dalam bentuk disulitkan. Butiran bank anda hanya dibuka oleh kakitangan Funnava yang dibenarkan semasa membuat bayaran, dengan setiap paparan direkod. Bagi peniaga: kempen, bajet, bayaran dan laporan hasil.
- Rakan Funnava (jika anda menyertai program rakan): nama bank, nama pemegang akaun, nombor akaun bank dan ID DuitNow (nombor telefon bimbit, pilihan), dikumpul hanya untuk membayar komisen anda. Nombor akaun dan ID DuitNow disimpan dalam bentuk disulitkan; anda hanya melihat 4 digit terakhir, dan nombor penuh hanya dibuka oleh kakitangan kewangan Funnava yang dibenarkan semasa membuat bayaran, dengan setiap paparan direkod. Nombor kad pengenalan tidak dikumpul.
3. Tujuan
- Menyediakan perkhidmatan, menghantar pautan log masuk dan notis berkaitan akaun.
- Membolehkan peniaga menerima dan menghubungi lead serta memaparkan ulasan yang diluluskan.
- Keselamatan, pencegahan penipuan, sokongan pelanggan dan pematuhan undang-undang.
- Membayar komisen Rakan Funnava ke akaun bank yang anda berikan.
4. Pendedahan kepada pihak ketiga
Data dikongsi hanya setakat perlu dengan penyedia yang membantu kami: pengehosan dan pangkalan data (pusat data di Singapura), penghantaran emel, gerbang pembayaran, dan perkhidmatan pemprosesan bahasa automatik untuk ciri penulisan draf. Bagi Funnava, juga Meta Platforms (Facebook, Instagram, Threads dan WhatsApp Business) untuk akaun yang anda sambung sendiri, penyedia telefoni dan suara untuk panggilan AI, serta Google (Google Analytics 4) untuk statistik lawatan laman, tanpa kegunaan pengiklanan.
Untuk penulisan funnel, kandungan dan artikel, hanya profil perniagaan dan tawaran anda dihantar. Untuk Asisten AI, nama pelanggan dan sejarah perbualan dengan pelanggan itu turut dihantar supaya balasan yang sesuai dapat disediakan. Pelanggan yang membalas BERHENTI tidak dihubungi lagi.
Kami tidak menjual data peribadi. Funnava tidak menerima sebarang data ibu bapa atau murid daripada Rembuk. Hanya emel dan nama perniagaan penaja yang bersetuju diterima untuk bonus penaja.
5. Penyimpanan dan keselamatan
Data disimpan selagi akaun aktif dan tempoh yang diperlukan untuk rekod kewangan dan undang-undang. Akses dikawal ikut peranan; setiap organisasi atau perniagaan hanya nampak data sendiri.
Kakitangan sokongan Renoraz Ventures Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 202501031023 (1632435-U)) yang diberi kuasa boleh mengakses data untuk sokongan, keselamatan dan pematuhan, termasuk menyelenggara sistem. Setiap akses direkod dan boleh disemak. Kunci akaun pihak ketiga tidak dipaparkan kepada sesiapa.
6. Hak anda
Anda boleh meminta akses, pembetulan atau penghapusan data peribadi anda, atau menarik balik persetujuan, dengan menghubungi hello@funnava.my.
7. Kuki
Funnava hanya menggunakan kuki yang perlu untuk log masuk dan keselamatan, kuki yang mengingati pilihan bahasa anda, dan satu kuki statistik Papan Bida (fv_pv) yang mengira pelawat tanpa menyimpan nama, emel atau alamat IP anda. Satu lagi kuki statistik pihak pertama (rf_vid) mengandungi nombor rawak untuk mengira pelawat seluruh laman; hanya cincangan sehalanya disimpan, dan rekod mentah dipadam selepas 13 bulan. Jika pelayar anda menghantar isyarat Global Privacy Control atau Do Not Track, atau anda memilih keluar di halaman Notis Privasi ini (kuki rf_notrack), tiada lawatan anda direkod langsung. Google Analytics 4 menetapkan kukinya sendiri (_ga) untuk mengira lawatan di laman awam Funnava, dan tidak dimuatkan dalam keadaan yang sama. Jika peniaga memasang pixel iklan (Meta, TikTok atau Google) pada laman funnel mereka, penyedia tersebut boleh menetapkan kuki pada laman itu di bawah dasar privasi mereka sendiri.
8. Data daripada platform Meta dan cara memadamnya
Apabila anda menyambung Facebook, Instagram, Threads atau WhatsApp Business, Funnava menggunakan API rasmi Meta hanya untuk ciri yang anda gunakan: menerbitkan posting yang anda jadualkan, menghantar serta menerima mesej WhatsApp bagi pihak perniagaan anda, dan, jika anda menyambung akaun iklan Meta dengan kebenaran anda, membaca data prestasi akaun iklan itu (baca sahaja, kebenaran ads_read) untuk memaparkan laporan, isyarat automatik dan cadangan AI kepada anda. Kami tidak boleh mencipta, mengubah atau membelanjakan wang iklan anda. Kami tidak membaca kandungan lain dalam akaun anda dan tidak menjualnya.
Untuk cadangan AI tentang iklan, hanya angka prestasi dan teks iklan dihantar kepada penyedia AI kami, melalui saluran yang sama yang menyamarkan nombor telefon dan emel serta merekodkan setiap carian dalam log audit.
Apabila anda menggunakan "Jana gambar AI" di Galeri produk, hanya gambar produk yang anda pilih dan arahan suasana yang ringkas dihantar kepada penyedia penjanaan gambar kami untuk menghasilkan gambar baharu, yang disimpan dalam galeri anda. Tiada data pelanggan dihantar, dan anda boleh memadam gambar itu bila-bila masa.
Anda boleh memutuskan sambungan bila-bila masa di menu Posting, Analisis Iklan atau Asisten AI → Saluran; token akses dipadam serta-merta, dan bagi akaun iklan, data iklan serta laporan AI berkaitan turut dipadam. Data yang sama juga dipadam apabila anda membuang akses Funnava di Facebook atau meminta pemadaman data melalui Meta. Anda juga boleh membuang akses Funnava dari tetapan Facebook (Settings & privacy → Business integrations). Untuk memadam semua data akaun anda, emel hello@funnava.my dengan tajuk "Padam data". Kami memadamnya dalam masa 30 hari, kecuali rekod bayaran yang perlu disimpan mengikut undang-undang.
YouTube (pilihan): apabila anda menyambung saluran YouTube di menu Posting, Funnava menggunakan Perkhidmatan API YouTube dengan log masuk Google anda hanya untuk memuat naik video yang anda jadualkan (dengan tajuk, penerangan dan tetapan yang anda pilih) dan membaca nama saluran, jumlah pelanggan serta tontonan, suka dan komen video yang dimuat naik melalui Funnava untuk Prestasi posting. Kami menyimpan ID dan nama saluran, skop yang diberikan dan token akses serta token muat semula (disulitkan). Penggunaan dan pemindahan maklumat yang diterima daripada API Google mematuhi Dasar Data Pengguna Perkhidmatan API Google, termasuk keperluan Penggunaan Terhad (Limited Use); data itu tidak dijual, tidak digunakan untuk iklan dan tidak dipindahkan kecuali untuk ciri ini. Dengan menyambung YouTube, anda terikat dengan Syarat Perkhidmatan YouTube, dan Dasar Privasi Google terpakai. Anda boleh memutuskan sambungan di menu Posting (token dipadam serta-merta dan akses dibatalkan di Google) atau membatalkan akses Funnava di myaccount.google.com/permissions.
9. Telegram (pilihan)
Jika anda menyambung akaun Telegram anda kepada Funnava, kami menyimpan ID chat Telegram, ID pengguna Telegram, nama pengguna Telegram (jika ada) dan masa sambungan, untuk menghantar notifikasi perniagaan anda (lead, tempahan, status posting, ringkasan harian) dan menjawab arahan bot. Mesej ini mengandungi maklumat pelanggan perniagaan anda, seperti nama dan petikan mesej, dan hanya dihantar kepada ahli perniagaan tersebut. Mesej dihantar melalui Telegram dan tertakluk kepada dasar privasi Telegram. Anda boleh memutuskan sambungan bila-bila masa di Funnava → Telegram atau dengan menyekat bot; data sambungan dipadam serta-merta, dan juga apabila anda meninggalkan perniagaan.
Jika anda menaip soalan kepada bot, soalan itu dijawab oleh pembantu AI menggunakan data perniagaan anda sahaja. Sebelum apa-apa dihantar kepada penyedia AI kami, nama, nombor telefon dan emel pelanggan digantikan dengan label (contohnya "Pelanggan_1"), dan nombor kad pengenalan, akaun bank atau kad dibuang sepenuhnya; nama sebenar hanya dipaparkan semula dalam jawapan kepada anda. Pembantu AI hanya boleh membaca data, tidak boleh mengubah atau menghantar apa-apa, dan setiap carian data direkodkan dalam log audit yang boleh dilihat oleh pemilik perniagaan.
10. Kunci AI sendiri (pilihan)
Bagi pakej yang layak, pemilik perniagaan boleh menyimpan kunci API penyedia AI miliknya sendiri. Kunci itu disulitkan sebelum disimpan, tidak boleh dibaca oleh ahli pasukan dan tidak dipaparkan semula (hanya 4 aksara terakhir), dan dipadam serta-merta apabila pemilik membuangnya atau perniagaan dipadam. Selagi kunci itu aktif, permintaan AI bagi perniagaan tersebut dihantar kepada penyedia AI menggunakan kunci peniaga di bawah perjanjian peniaga sendiri dengan penyedia itu. Data yang dihantar sama seperti bahagian 4 dan 9 (termasuk penyamaran data pelanggan). Kami merekodkan ciri yang digunakan, masa dan bilangan token bagi setiap permintaan supaya pemilik dapat melihat penggunaannya; kandungan permintaan tidak disimpan dalam rekod ini.
11. Pasaran Kreator dan Kempen Klip
Profil kreator (nama paparan, niche, lokasi, akaun media sosial, portfolio, kadar harga, penilaian) boleh dilihat oleh pengguna Funnava yang log masuk. Tarikh lahir digunakan hanya untuk mengesahkan umur 18 tahun ke atas; hanya status "18+" dipaparkan dan tarikh lahir tidak dikongsi dengan sesiapa. Nombor telefon tidak dikongsi dengan peniaga. Butiran bayaran hanya ditunjukkan kepada pemilik atau editor perniagaan yang telah menerima kreator itu untuk sesuatu misi, bagi tujuan bayaran terus. Mesej, fail dan hasil kerja hanya boleh dilihat oleh kreator dan perniagaan dalam kerjasama itu (serta kakitangan sokongan kami apabila menyemak laporan). Penulisan brief automatik hanya menggunakan profil perniagaan dan teks yang ditaip peniaga; data kreator tidak dihantar. Kreator boleh meminta pemadaman profil melalui hello@funnava.my.
Kempen Klip: peniaga yang menjalankan kempen nampak nama pengguna akaun yang menghantar klip, pautan klip dan tontonannya, tetapi tidak nampak butiran bank, telefon atau emel klipper. Klipper aktif dipaparkan dalam kedudukan dan profil klipper awam (nama paparan, nama pengguna kreator, kedudukan dan jumlah ringkas tontonan, klip dan kempen); klipper boleh menutup profil awam pada bila-bila masa di tetapan Kempen Klip. Laporan hasil kempen boleh dikongsi oleh peniaga melalui pautan peribadi. Rekod bayaran dan pendapatan disimpan selagi diperlukan oleh undang-undang.
12. Setiausaha Maya (pilihan)
Apabila peniaga menyambung Google Calendar, kami menyimpan alamat emel akaun Google itu dan token akses yang disulitkan, dan menggunakannya hanya untuk melihat masa sibuk dan lapang (tanpa membaca butiran acara lain), menyenaraikan nama kalendar supaya peniaga boleh memilih kalendar mana yang digunakan, serta menambah, menukar atau membatalkan temujanji yang dibuat melalui Funnava. Semasa panggilan, pembantu suara hanya menerima slot masa lapang yang dikira daripada maklumat sibuk/lapang itu, bukan isi kalendar. Token dipadam serta-merta apabila peniaga memutuskan sambungan atau perniagaan dipadam; peniaga juga boleh membuang akses Funnava di myaccount.google.com/permissions.
Penggunaan dan pemindahan maklumat yang diterima daripada Google API oleh Funnava ke mana-mana aplikasi lain mematuhi Google API Services User Data Policy, termasuk keperluan Limited Use. Data Google Calendar tidak dijual, tidak digunakan untuk pengiklanan, tidak digunakan untuk membangunkan, menambah baik atau melatih model AI umum, dan tidak dibaca oleh manusia kecuali dengan kebenaran jelas peniaga, untuk keselamatan (contohnya menyiasat penyalahgunaan), atau jika dikehendaki undang-undang.
Bagi setiap temujanji kami menyimpan nama, nombor telefon, emel (jika diberi), nota, masa dan lokasi, untuk menghantar pengesahan, peringatan dan pautan tukar atau batal. Pautan itu ditandatangani dan hanya berfungsi untuk temujanji tersebut. Panggilan AI dirakam; transkrip, ringkasan dan keputusan panggilan disimpan dalam CRM peniaga dan hanya boleh dilihat oleh ahli perniagaan itu (serta kakitangan sokongan kami apabila perlu). Penyedia telefoni dan suara memproses audio panggilan bagi pihak kami. Nombor orang yang meminta berhenti dimasukkan ke dalam senarai jangan hubungi perniagaan itu dan tidak dihubungi lagi. Pelanggan boleh meminta pemadaman data mereka melalui peniaga atau hello@funnava.my.
13. Muat naik, Klip Video dan bahan stok
Gambar, video, audio, logo dan fail yang anda muat naik disimpan dalam storan kami dan hanya boleh diakses oleh ahli perniagaan anda, kecuali fail yang anda terbitkan atau letak di laman awam (contohnya gambar Laman Bio, logo kit jenama dan bahan Kempen Klip untuk klipper yang menyertai). Bagi Klip Video, fail video asal kekal dalam peranti anda dan dipotong di dalam pelayar anda; hanya audio termampat dihantar dalam bahagian kecil kepada perkhidmatan transkripsi kami, dan audio itu tidak disimpan. Transkrip, projek dan klip yang anda simpan kekal dalam akaun anda. Bagi Bank video, hanya beberapa bingkai kecil dan gambar kecil dihantar untuk diterangkan secara automatik. Bahan stok untuk B-roll dicari dengan kunci Funnava sendiri dan diserahkan kepada pelayar anda tanpa disimpan oleh kami.
14. Pemindahan ke luar Malaysia
Sesetengah penyedia perkhidmatan kami (pengehosan dan pangkalan data, penghantaran kandungan, emel, pemprosesan AI, transkripsi, telefoni dan platform yang anda sambung) memproses data di luar Malaysia, contohnya di Singapura, Amerika Syarikat atau Eropah. Kami hanya memindahkan data setakat yang perlu untuk menyediakan perkhidmatan, kepada penyedia yang terikat dengan kewajipan kerahsiaan dan keselamatan, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
15. Tempoh simpanan, hak anda dan pelanggaran data
- Data akaun dan kandungan disimpan selagi akaun aktif. Apabila anda meminta pemadaman, kami memadamnya dalam masa 30 hari; salinan sandaran ditimpa mengikut kitaran biasa. Rekod bayaran, cukai, komisen dan log audit disimpan selagi dikehendaki undang-undang (biasanya sehingga 7 tahun). Kandungan yang telah diterbitkan ke platform pihak ketiga kekal di platform itu sehingga anda memadamnya di sana.
- Anda berhak meminta akses dan pembetulan data peribadi anda, menarik balik persetujuan, dan mengehadkan pemprosesan untuk pemasaran langsung, dengan menghubungi hello@funnava.my. Kami menjawab permintaan akses dalam masa 21 hari. Bagi data pelanggan sesebuah perniagaan, kami menyalurkan permintaan kepada perniagaan itu, kerana perniagaan itu yang menentukan penggunaannya.
- Jika berlaku pelanggaran data peribadi yang mungkin menyebabkan kemudaratan, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan orang yang terjejas seperti dikehendaki undang-undang, dan mengambil langkah untuk mengehadkan kesannya.
- Funnava tidak ditujukan kepada kanak-kanak bawah 18 tahun dan kami tidak sengaja mengumpul data mereka. Jika anda percaya kanak-kanak telah memberi data kepada kami, hubungi kami untuk dipadam.
Privacy summary (English)
Funnava is operated by Renoraz Ventures Sdn. Bhd. (202501031023 (1632435-U)), SA/06/23A, Persiaran Plaza Azalea, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia. We collect the merchant's account email, business profile, leads submitted through funnel forms (name, phone, email, message and contact consent), WhatsApp and email conversations handled by the AI assistant, summaries of AI voice calls, the content merchants create, and anonymous page statistics. On Funnava's public pages (home, Papan Bida and articles) we count visits with a random browser id stored only as a hash with a daily salt that is deleted each day, never store IP addresses, do not count bots, delete raw visit data after 90 days and publish only aggregate numbers.
When a merchant connects a Facebook Page, Instagram professional account, Threads account or WhatsApp Business number, we store the account IDs and an encrypted access token, and use Meta's official APIs only to publish posts the merchant scheduled, to send and receive WhatsApp messages on the merchant's behalf, and, when the merchant connects a Meta ad account with their permission, to read that ad account's performance data (read-only, ads_read) to show reports and AI recommendations. We cannot create, change or spend on the merchant's ads. Ad data and its reports are deleted when the merchant disconnects the ad account or removes Funnava from Facebook (deauthorization or a data deletion request). On eligible plans, a business owner may save their own AI provider API key: it is encrypted at rest, never shown again (last 4 characters only), not readable by team members, and deleted as soon as the owner removes it; while it is active, that business's AI requests are sent with the merchant's own key under the merchant's own agreement with that provider, and we log only the feature, time and token counts of each request. In the creator marketplace (Pasaran Kreator), creators must be 18 or older: their date of birth is used only for that check and never shown (only an "18+" status is), their phone number is never shared, and their payout details are shown only to the owner or editor of a business that accepted them for a mission. Payments between merchants and creators are made directly between them; Funnava is not a party to, does not hold and takes no fee on those payments. We do not sell personal data. Merchants can disconnect at any time (tokens are deleted immediately) or request deletion of all their data by emailing hello@funnava.my with the subject "Delete data"; we complete deletion within 30 days, except payment records we must keep by law.